Fakta Yang Wajib Anda Tahu Tentang Akaun 3 KWSP

Info tentang Akaun 3 KWSP.

Info tentang Akaun 3 KWSP.

Sekarang ini tengah kecoh pasal Akaun 3 KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) yang baru sahaja diperkenalkan. Ada yang risau macam mana perjalanan duit mereka bila hasil dari potongan KWSP. Berapa peratus yang kena potong sebenarnya dan berapa agihan ke dalam Akaun 3 yang akan ditolak. Jangan risau, semua itu kami akan kongsikan dibawah.

Sebelum pergi jauh, kami kongsikan nama-nama baru untuk akaun KWSP ini;

  1. Akaun 1 : Akaun Persaraan (75%)
  2. Akaun 2 : Akaun Sejahtera (15%)
  3. Akaun 3 : Akaun Fleksibel (10%)

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Sebagai permulaan, baki dari akaun 1 & 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan & Sejahtera. Akaun Fleksibel akan bermula dengan amaun kosong. Bermula 11 Mei nanti, pecahan duit yang masuk ke KWSP akan dipecahkan mengikut peratus yang tertulis diatas.

Fungsi Tiga Akaun KWSP

Untuk ahli yang berumur 55 tahun dan kebawah, mereka akan ada ketiga-tiga akaun yang dinyata secara automatik. Tidak perlu untuk mohon permohonan untuk bukak Akaun Fleksibel. KWSP sudah tolong bukakan untuk kesemua ahlinya.

Disini kami kongsikan fungsi untuk ketiga-tiga akaun KWSP;

  1. Akaun Pesaraan (Akaun 1) : Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan
  2. Akaun Sejahtera (Akaun 2) : Menangani keperluaan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan
  3. Akaun Fleksibel (Akaun 3) : Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Pada dasarnya, untuk akaun 1 & 2 masih sama fungsinya seperti sebelum ini.

Pemindahaan & Pengeluaran Pada Akaun Fleksibel

Dengar baik-baik dan sebarkan kepada orang kampung. Sebagai permulaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), pencarum hanya ada peluang sekali sahaja. Kami ulang lagi sekali iaitu sekali sahaja untuk mempuan pemindahaan dari akaun 2 ke akaun 3. Lepas ini tiada lagi peluang untuk mu. Bila boleh buat pemindahan?

Tempoh yang KWSP bagi untuk membuat pemindahan adalah dari 11 Mei hingga 31 Ogos melalui i-AKaun ataupun untuk lebih paham, pergi sahaja mana-mana cawangan KWSP. Mohon sebarkan kepada mereka yang hendak buat pemindahaan. Untuk jumlah pemindahan boleh baca point seterusnya.

Bila duit sudah masuk dalam Akaun Fleksibel nanti, ahli boleh bawa keluar duit dalam akaun pada bila-bila masa sahaja dengan amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Baki Dalam Akaun Sejahtera RM3000 Ke Atas

  1. 10/30 dari baki Akaun Sejahtera akan masuk ke Akaun Fleksibel. Contohnya Akaun Sejahtera ada RM50,000, 10/30 darinya sebanyak RM16,666.67 akan masuk Akaun Fleksibel (Akaun 3).
  2. 5/30 dari baki Akaun Sejahtera akan masuk Akaun Persaraan. COntohnya Akaun Sejahtera ada RM50,000, 5/30 darinya sebanyak RM8,333.33 akan masuk Akaun Persaraan (Akaun 1).
  3. 15/30 dari kekal dalam Akaun Sejahtera. Contohnya Akaun Sejahtera ada RM 50,000, 15/30 darinya sebanyak RM25,000 akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

Macam mana kalau baki Akaun Sejahtera kurang dari RM3000? teruskan bacaan untuk mengetahuinya.

Baki Dalam Akaun Sejahtera RM3000 Dan Ke Bawah

Bagi ahli KWSP yang mempunyai baki dalam Akaun Sejahtera RM1000 dan kebawah, mereka boleh pindahkan kesemua amaun tersebut ke dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Untuk Ahli yang mempunyai baki dalam Akaun Sejahtera antara RM1000 hingga RM3000, amaun yang dibenarkan untuk dibuat pemindahan ke Akaun Fleksibel adalah RM1000 sahaja. Selebihnya akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

Harap anda semua jelas dengan penerangan secara terperinci ini. Bagi mereka yang berhajat untuk membuat pemindahan, bolehlah melakukan persediaan. Kepada mereka yang tidak tahu, kongsikan kepada mereka. Sekali lagi kami ingatkan, pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3 hanya dibenarkan sekali sahaja dengan pemohonan dibuat pada 11 Mei hingga 31 Ogos 2024. Lepas itu tiada lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *