Foden Tinggalkan Kem England, Kembali Ke UK

Phil Foden.

Phil Foden.

Pemain tengah England, Phil Foden telah meninggalkan kem Three Lions EURO 2024 di Jerman dan kembali ke UK untuk kelahiran anak ketiganya.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak England, pemain Manchester City yang berusia 24 tahun itu perlu pulang atas alasan masalah keluarga yang terdesak.

England berharap Foden dapat kembali bersama skuad pada hari Ahad ini untuk perlawanan Pusingan 16 menentang Slovakia.

Terdahulu, pada bulan April yang lalu, Foden dan pasanganya Rebecca Cooke mengumumkan dalam Instagram yang mereka akan menimang cahaya mata yang ketiga.

Mereka mempunyai dua orang anak iaitu anak lelaki yang bernama Ronnie berusia lima tahun dan anak perempuan, True yang berumur dua tahun.

Untuk rekod, Foden yang mempunyai 37 caps bersama England telah memulakan ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan pada kejohanan EURO 2024 termasuk keputusan seri dengan Slovenia pada awal pagi rabu.

Skuad dibawah kendalian Gareth Southgate itu menduduki tempat teratas Kumpulan C dengan lima mata daripada tiga perlawanan.

Perlawanan Pusingan 16 menentang Slovakia akan berlangsung di Stadium Veltins-Arena pada 1 Julai jam 12 tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *