Gandingan Wan Arif-Muhammad Haikal Harap Dikembalikan

Wan Arif dan Muhammad Haikal

Gandingan Patatimo, Wan Arif dan Muhammad Haikal.

Muhammad Haikal Nazri yang merupakan pemain regu lelaki negara, berharap agar beliau dapat digandingkan semula dengan pasangan lamanya iaitu Wan Arif Wan Junaidi bagi mewakili Malaysia untuk sukan badminton.

Gandingan dengan gelaran ‘Patatimo’ ini dipisahkan pada Januari lalu susulan perpisahan Izzuddin-Sze Fei.

Sebelum ini Haikal telah digabungkan dengan Nur Izzuddin dan Wan Arif bersama pasangan yang lain.

Namun bagi mencapai impian untuk layak di Sukan Olimpik Paris 2024, Izzuddin-Sze Fei kembali bergabung dan membuatkan Muhmmaad Haikal tiada pasangan buat masa sekarang.

Beliau menyerahkan segala keputusan ditangan barisan kejurulatihan untuk memberikan kata putus dengan siapa beliau akan digandingkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *