Ganjaran Untuk Pemenang Pingat Emas Setiap Negeri Di SUKMA Sarawak

Sukan Malaysia Ke-21.

Kerajaan negeri telah menawarkan Insentif yang lumayan dalam bentuk wang tunai kepada atlet yang berjaya memenangi pingat apatah lagi memecah rekod dalam temasya Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) Sawarak yang akan bermula Sabtu ini hingga 24 Ogos.

Selangor dan Johor menawarkan insentif paling tinggi setakat ini dengan nilai sehingga RM10,000 kepada pemenang pingat emas SUKMA 2024.

Berikut adalah senarai insentif setiap negeri untuk pemenang pingat emas SUKMA 2024 ;

  • Selangor
    • Pingat Emas Individu : RM10,000
    • Pingat Emas berpasukan kurang 5 orang : RM5,000
    • Pingat Emas berpasukan lebih 5 orang : RM3,000
  • Johor
    • Pingat Emas Individu : RM10,000
    • Pingat Emas berpasukan : RM20,000
  • Pahang
    • Pingat emas : RM6,000
  • Perlis
    • Pingat Emas : RM5,000
    • Pingat Perak : RM3,700
    • Pingat Gangsa : RM2,400
  • Perak
    • Pingat Emas : RM5,000
    • Pingat Emas Berpasukan : RM2,500
    • Pingat Perak : RM3,000
    • Pingat Perak Berpasukan : RM1,500
    • Pingat Gangsa : RM1,000
    • Pingat Gangsa Berpasukan : RM500
  • Wilayah Persekutuan
    • Pingat Emas Individu / Berpasukan : RM5,000
    • Pingat Perak : RM2,000
    • Pingat Gangsa : RM1,000
  • Melaka
    • Pingat Emas : RM5,000
    • Pingat Perak : RM3,000
    • Pingat Gangsa : RM1,500
  • Negeri Sembilan
    • Pingat Emas : RM5,000
    • Pingat Perak : RM3,000
    • Pingat Gangsa : RM2,000
  • Kedah
    • Pingat Emas : RM4,000
    • Pingat Perak : RM2,500
    • Pingat Gangsa : RM1,300
  • Pulau Pinang & Terengganu
    • Menjanjikan ganjaran istimewa namun tidak dinyatakan jumlahnya.
  • Sarawak
    • Pingat Emas : RM15,000
    • Pingat Perak : RM5,000
    • Pingat Gangsa : RM3,000
  • Kelantan & Sabah
    • Masih belum menyatakan sama ada menyediakan insentif khas ataupun tidak.

SUKMA XXI menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan di sembilan bahagian seluruh Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

Seramai 9,927 atlet dari seluruh negara mengesahkan penyertaan pada temasya dwitahunan itu selain Brunei sebagai kontinjen jemputan.

Sarawak menganjurkan SUKMA buat kali ketiga selepas 1990 dan 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *