Harapan Lee Zii Jia Terkubur Selepas Tewas Kepada Lu Guang Zu

Lee Zee Jia Gagal Layak Ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.
Harapan Lee Zii Jia untuk beraksi dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF musnah lepas pemain profesional negara itu tewas di pusingan kedua Terbuka Australia semalam.
Lee Zii Jia yang juga merupakan pemain nombor dua dunia itu tewas kepada Lu Guang Zu dari China dengan mata 22-20, 15-21, 16-21.
Dengan kekalahan itu, Zii Jia gagal untuk melayakan beliau ke Jelajah Dunia Akhir yang dijadualkan berlangsung di Thailand dari 7 hingga 11 Disember.
Untuk layak, Lee Zii Jia sekurang-kurangnya perlu mara ke peringkat separuh akhir Badminton Terbuka Australia bagi memintas kedudukan Guang Zu yang berada di kedudukan kelapan.
Dalam Jelajah Dunia Akhir BWF, hanya 8 pemain terbaik dalam ranking jelajah itu sendiri layak untuk beraksi. Untuk rekod, Jelajah Dunia Akhir BWF menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM6.83 juta.