Harga Tiket Final Piala Malaysia Bermula RM50
Malaysia Football League (MFL) yang merupakan penganjur saingan bola tempatan telah mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 adalah sama seperti perlawanan akhir Piala FA 2022 bermula RM50.
Tambah MFL lagi, harga tiket bagi kesemua kategori yang ada adalah sama seperti mana perlawanan akhir Piala FA. Berikut adalah senarai harga tiket final Piala Malaysia 2022 dan juga kategorinya.
- General Admission 1 – RM50
- Genaral Admission 2 – RM70
- Premier Grandstand – RM150
- VIP Grandstand – RM200
Kesemua tiket hanya dijual menerusi tickethotline.
Untuk rekod, perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November 2022 (Sabtu) jam 9 malam.