Hari 1 : Rutin Harian

Makan malam

Ini adalah sambungan dari artikal sebelum ni. Aku telah ditempatkan di Hospital Tengku Jaafar Seremban dan dimasukan dalam wad pada 26 Oktober 2020 jam 1100 malam.

Selesai je pendaftaran, bagi katil, uniform semua, pegawai yang bertugas check tekanan darah aku. Keputusan malam tu, tinggi sikit sebab baru sampai kan. Jalan jauh lagitu. Lepas check tekanan, part paling seram bagi sesetengah orang adalah kena cucuk untuk ambil darah. Tak sanggup aku untuk rakam gambar masa dia cucuk tu. Aku lupa pula nak tanya darah tu untuk apa.

Rutin Harian

Rutin harian dekat mana-mana hospital ni aku rasa sama je. Pukul 9 pagi pesakit akan diberikan sarapan pagi. Jam 12 nanti makan tengah hari pula. Jam 3 untuk minum petang dan untuk makan malam, pukul 6 petang.

Sarapan pagi
Tengah hari

Tak banyak sangat aktiviti yang berlangsung hari pertama. Tekanan darah dorg check 3 kali sehari, pagi petang dan malam. Tekanan darah aku normal tapi menghampiri kepada tekanan darah rendah. So aku kena Google apa yang boleh menstabilkan tekanan darah. X-ray juga dilakukan untuk melihat apa yang ada dalam paru-paru aku.

Untuk malam tak de apa nak buat pun. Pukul 11 aku dah tidur.

Bersambung lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *