Hilang Selama 2 Bulan Rupanya Maut Dalam Kemalangan

Keadaan kereta mangsa. Gambar BH Online
Pilu hati mendengar berita ini. Seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir dua bulan lalu telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa akibat terlibat dalam kemalangan.
Mangsa telah ditemui orang awam kira-kira jam 7.20 malam di kawasan cerun bersemak di Kilometer 7 Jalan Juasseh-Bahau.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, kad pengenalan serta lesen memandu mangsa turut ditemui di kawasan kejadian.
Untuk rekod, ibu mangsa pernah membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya pada 6 Jun lalu di Balai Polis Terachi. Difahamkan mangsa menaiki Perodua Kancil berwarna kelabu secara berseorangan.