Ibu Parah, Anak 8 Tahun Maut Terlibat Kemalangan Balik Dari Sekolah
Berita sedih yang diterima dari Kuala Selangor yang melibatkan dua beranak terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun disahkan maut manakala ibunya cedera parah.
Difahamkan kereta yang dipandu ibu mangsa kira-kira jam 2 petang itu telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan semasa melalui selekoh dan merempuh sebuah lori dari arah hadapan.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan namun anak kepada pemandu wanita gagal diselamatkan dan meninggal jam 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.
Ibu mangsa yang berusia 34 tahun dan pemandu lori berusia 58 yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di zon merah hospital sama.