Imbuhan Kepada Pemain Harimau Malaya Dipersoalkan

Logo Harimau Malaya. Sumber Google

Selepas berjaya menewaskan Bangladesh tempoh hari, pasukan Harimau Malaya secara sah telah layak ke saingan akhir Piala Asia 2023.

Kejayaan itu diraikan oleh ramai pihak selepas lebih 40 tahun Malaysia mencuba nasib untuk layak secara merit. Pada tahun 2007 Malaysia pernah layak tetapi atas kapasiti sebagai tuan rumah.

Namun disebalik itu, ada pihak yang kurang senang dengan cadangan kerajaan untuk memberikan imbuhan kepada para pemain Harimau Malaya selepas kejayaan itu.

Imbuhan untuk mereka yang hanya sekadar layak sahaja adalah sesuatu yang dianggap membazir sahaja. Lebih baik imbuhan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak seperti pasukan hoki negara.

Pasukan hoki negara boleh dianggap sebagai pasukan gergasi dalam acara itu. Menduduki tempat ke-10 dunia dan baru sahaja menjadi naib juara Piala Asia yang baru sahaja berlangsung di Jakarta, Indonesia. Apa yang lebih manis adalah, pasukan hoki negara telah layak ke Piala Dunia 2023.

Malangnya kerajaan seolah-olah tidak memandang kejayaan tersebut. Kepulangan mereka tiada sambutan meriah dan masih belum ada ura-ura imbuhan yang akan diberikan.

Kerajaan seharusnya lebih peka dengan kejayaan atlet yang telah mengharumkan nama negara.

Untuk rekod, dalam tempoh 10 tahun, tiada sebarang kejuaraan yang digapai oleh skuad senior Harimau Malaya. Pencapaian terbaik hanyalah naib juara pada kejohanan Piala AFF tahun 2012 dan 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *