Indonesia Keluar Amaran Tsunami Selepas Digegarkan Gempa Sekuat 7.5 Skala Richter


Lokasi Gempa Yang Melanda Nusa Tenggara Timur. Gambar JapanTimes

Terkini, Indonesia mengeluarkan amaran Tsunami kepada penduduk setempat selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter mengegarkan Laut Flores jam 11.20pagi waktu Malaysia.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa berlaku di dalam laut dengan kedalaman 10km, 95km di utara bandar Maumere Nusa Tenggara Timur.

Kami rakyat Malaysia mendoakan agar tiada Tsunami yang berlaku dan moga rakyat Indonesia tabah dengan ujian berat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *