Israel Lancar Serangan di Lebanon, Langgar Gencatan Senjata

Lebanon diserang Israel.
Israel telah melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan Baalbek di timur Lebanon pada 25 Disember 2024. Serangan ini dianggap sebagai pelanggaran pertama terhadap gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah, yang berkuat kuasa sejak 27 November 2024 selepas lebih setahun perang di Gaza. Laporan menyebutkan serangan tersebut mensasarkan gudang yang dipercayai milik Hizbullah, namun tiada korban jiwa dilaporkan.
Serangan ini mengundang kecaman dari Lebanon yang menyifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata. Lebanon juga meminta Amerika Syarikat dan Perancis untuk mendesak Israel mempercepatkan penarikan pasukannya dari selatan Lebanon mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Pasukan penjaga keamanan PBB dan tentera Lebanon dijadualkan untuk mengisi kedudukan di selatan Lebanon selepas penarikan tentera Israel, yang dijangka selesai pada Januari 2025.
Walaupun Hizbullah terjejas akibat perang dengan Israel, mereka masih mengekalkan pengaruh di beberapa kawasan di Lebanon. Sebuah jawatankuasa antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, dan PBB, memantau gencatan senjata bagi memastikan pelanggaran dapat dikenalpasti dan ditangani.