Jalan TAR Mungkin Ditutup Untuk Membudayakan Berjalan Kaki
![](https://i0.wp.com/sukacuka.com/wp-content/uploads/2022/08/deae9cf8a425f443e13cf93648243454-e1660206492193-300x180.jpg?resize=300%2C180&ssl=1)
Cadangan Penutupan Jalan TAR. Gambar Malaysiakini
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengutarakan cadangan untuk menutup Jalan TAR setiap hari ahad bermula 28 September ini.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata cadangan ini bagi menggalakan dan memupuk budaya berjalan kaki dalam kalangan orang awam.
Kemungkinan jalan yang ditutup adalah dari simpang Jalan Esfahan hingga ke Jalan Tun Perak. Jangka masanya adalah bermula dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Sepanjang tempoh penutupan dilakukan, terdapat program pengisian turut dirancang sepanjang laluan seperti persembahan pemuzik jalanan, seni kreatif dan pelbagai lagi.
Bagi mereka yang selalu menggunakan laluan ini, diharapkan sentiasa peka dengan perubahan laluan yang dilakukan kelak.