JDT Lebar Rekod Tanpa Kalah

Rekod tanpa kalah JDT. Gambar Wallpaper Cave
Calon juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT), melebarkan rekod tanpa kalah untuk musim ini selepas menewaskan Penang FC 2-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Kemenangan itu menjadikan JDT semakin jauh meninggalkan Selangor yang menduduki tangga ke-2 liga. Ketika ini JDT mengutip 39 mata manakala Selangor yang dikejutkan PDRM sekadar mengumpul 28 mata.
Untuk rekod, setakat 13 perlawanan Liga Super musim 2023 ini, JDT hanya bolos sekali sahaja ketika menentang Kelantan pada Mac lalu.