Jepun Waspada Selepas Catat 160 Kes Covid-19 Varian Omicron

Kes Covid-19 Varian Omicron Di Jepun Meningkat. Gambar AA.Com

Semalam (Rabu) Jepun mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 varian Omicron tertinggi dengan 75 kes dan 160 kes keseluruhannya bagi varian ini.

75 individu yang dijangkiti itu, 68 orang diuji positif menerusi saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang. Mereka kebanyakannya baru tiba dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika. 7 lagi kes dikesan di Osaka dan Okinawa.

Untuk rekod, Jepun mencatatkan 262 kes baharu Covid-19 pada rabu dengan 2 kematian dicatatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *