Kapal Pengangkut China Ditahan Bersama Bangkai Kapal Perang
Kapal pengangkut dari China ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan menemukan lebih kurang 100 peluru pelbagai saiz yang masih aktif.
Dengan penemuan itu, terbongkarlah aktiviti mereka yang mencuri bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang.
Kesemua peluru yang masih aktif tersebut telah dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan.
Untuk rekod, kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu dikendalikan oleh 32 kru yang terdiri dari warga China, Bangladesh dan seorang warga tempatan.