Kekayaan Paetongtarn Shinawatra Lebih 13 Bilion Baht

Paetongtarn Shinawatra. Gambar Xinhua
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand baru-baru ini mendedahkan akaun aset dan liabiliti Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra dalam laporan yang diterbitkan oleh portal berita Thaiger.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa Paetongtarn, yang berusia 38 tahun dan merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memiliki aset bernilai lebih 13 bilion baht (sekitar RM1.7 bilion) dengan liabiliti yang berjumlah lebih 4 bilion baht (RM520 juta).
Pengisytiharan aset itu merangkumi pelbagai barangan peribadi dan keluarga, termasuk koleksi 217 beg tangan, 23 buah kenderaan, dan sembilan barang koleksi Bearbrick. Paetongtarn juga dilaporkan memiliki sejumlah besar emas, barang kemas, dan pakaian. Selain itu, laporan aset itu turut menyenaraikan tiga bidang tanah di Pathum Thani, dua di Hokkaido, Jepun, dan dua rumah sewa di London, Britain.
Sumber : Kosmo