Kenali Rukun Negara

Gambar Utusan Malaysia.

Rukun Negara adalah sebuah ideologi negara yang dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) ekoran peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ianya bertujuan bagi memupuk perpaduan lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4 Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Wujudnya Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian  iaitu ;

  1. Objektif Pembentukan
    1. Mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
    2. Memelihara cara hidup demokratik
    3. Mencpita masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dinikmati secara saksama
    4. Membentuk sikap liberal terhadap kepelbagaian tradisi kebudayaan
    5. Membina masyarakat progresif menggunakan sains dan teknologi moden
  2. Menggariskan Lima Prinsip
    1. Kepercayaan Kepada Tuhan
    2. Kesetiaan kepada Raja & Negara
    3. Keluhuran Perlembagaan
    4. Kedaulatan Undang-Undang
    5. Kesopanan dan Kesusilaan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *