Kesian Remy Ishak Sakit Kaki Sebab Menari

Dilaporkan bahawa pelakon lelaki berbadan sedikit sasa, Remy Ishak mengalami sedikit kecederaan dibahagian kaki seperti terseliuh, sakit lutut dan sakit pinggang.

Ini semua sebabkan kelas tarian yang Remy masuk bagi menjayakan salah satu watak yang dia pegang dalam filem terbarunya.

Menurut Remy, watak yang dipegang terlalu mencabar hingga terpaksa masuk kelas tarian sehingga enam minggu bersama Maya Karin.

Remy Ishak buat semua ini disebabkan tidak mahu hanya digelar jual muka sahaja tetapi berlakon tidak seberapa. Oleh itu, Remy tekad untuk membawa watak komedi yang memaksanya untuk menari.

Moga Remy tidak mengalami kecederaan yang serius. Meh payung sepasang tiket filem baru tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *