Kini Pelajar Perlu Berbikini Untuk Mengambil Exam Kerana Pakaian Sopan Dan Menutup Aurat Diharamkan
Apa cerita universiti di Malaysia ni? Tak kan nak masuk dewan peperiksaan dengan pemakaian yang sopan dan menutup aurat pun dilarang? Perkara sedemikian menggalakan lagi pelajar sekarang untuk berpakaian seksi dan jangan terkejut jika satu hari nanti ada yang berbogel untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan ataupun ke dalam kelas. Itulah sedikit sebanyak pembayang tentang apa yang aku baca dalam satu website ni.
Seorang muslimah dilarang masuk ke dalam dewan pemeriksaan hanya kerana beliau berniqab ataupun berpurdah. Bagi aku, perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi dalam sebuah negara yang digelarkan sebagai negara Islam. Jangan nak poyo sangat dengan nama negara Islam kalau perkara tentang Islam ditentang dan dipandang sinis oleh orang Islam itu sendiri.
Aku tak sempat kenal muslimah yang dihalang masuk ke dalam dewan exam dengan keadaan berpurdah tersebut sebab dia dah tutup akaun Facebook dia. Tapi apa yang aku tahu, dia dah mengetengahkan perkara ini kepada pengawas universiti dimana tempat dia belajar.
Antara komen menarik yang sempat aku baca tentang masalah ini adalah,
Bagai satu pencabulan jika selama ini dia mengenakan purdah dan disuruh pula membukanya.
Aku malas nak tekankan siapa dia dan di mana dia belajar. Korang pandai-pandai cari sendiri ye.
Dunia akhir zaman. Yang berpakaian seperti telanjang tu takpe pulak.
Apa hal pulak dahhh..haha..macam-macam hal kan..kalau pakai bikini, memang laris la jawab soalannya..haha
mungkin pihak peperiksaan takut penipuan atau penyamaran berlaku. mungkin juga pengawas peperiksaan bukan islam atau kalaupun islam,dia tidak faham agama. jadi kesimpulannya, memang zaman sekarang manusia lebih risau orang yang berpakaian sopan dan menutup aurat. kalau di amerika, orang sana risau takut kalau ada muslimah berjubah berpurdah atau lelaki berpakaian sunnah. risau mereka adalah teroris. tapi kalau di Malaysia begitu juga, disuruh buka purdah, macam pencabulan hak pula.