Konsert Coldplay Mungkin Dua Hari. Mantap

coldplay

Kumpulan muzik terkenal, Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November 2023. Gambar Bharian.com

Peminat muzik kumpulan dari barat, Coldplay mungkin boleh menarik nafas lega jika berita yang mengatakan konsert Coldplay berlangsung dua hari menjadi kenyataan.

Konsert Coldplay : Music Of The Spheres dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023 mungkin ditambah sehari lagi berikutan permintaan peminat yang sangat tinggi.

Menurut pengarah urusan konsert ini, perkara ini masih lagi dalam perbincangan. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum keputusan muktamad diambil.

Sebelum itu Coldplay mengumumkan akan mengadakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Untuk rekod, tiket konsert Coldplay pada 22 November 2023 nanti telah habis dalam masa 3 jam selepas dibuka jualannya pada umum. Dikhabarkan lebih 700,000 peminat mencuba untuk membeli tiket tersebut pada 17 Mei yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *