Kronologi Kehilangan Dan Pembunuhan Cikgu Istiqomah
Disini kami kongsikan kronolgoi kehilangan dan pembunuhan kejam seorang cikgu di Kota Masai, Johor, iaitu Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
- 26 Disember 2023
- Seorang guru di Kota Masai, Johor, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja.
- 27 Disember 2023
- Keluarga buat laporan polis mengenai kehilangan Istiqomah
- Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak sahkan laporan kehilangan wanita diterima 12.36 tengah malam.
- Kereta dipandu mangsa ditemukan di parkir sebuah pasar raya dekat Kota Masai, Johor Bahru berhampiran rumahnya.
- 31 Disember 2023
- Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan di dalam tong sampah di dalam longkang sekitar 2 petang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang dekat Alor Gajah, Melaka.
- Lokasi penemuan mayat adalah di tepi jalan raya & terletak kira-kira 100 meter dari sebuah rumah kosong.
- Identiti mangsa belum dikenal pasti.
- 6 Januari 2024
- Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu memaklumkan kepala, kedua-dua belah tangan & kaki si mati telah dipotong.
- Anggota badan yang hilang tidak ditemukan di kawasan tersebut.
- 2 Ogos 2024
- Ujian DNA ibu kepada Cikgu Istiqomah diambil data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
- 5 Ogos 2024
- Risikan D9 JSJ Melaka dengan kerjasama JSJ Johor & Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah bawa kepada penahanan suami isiteri berusia 36 & 37 tahun di Perak.
- 6 Ogos 2024
- Mahkamah Majistret Alor Gajah benarkan permohonan reman 7 hari terhadap pasangan itu.
- Siasatan terhadap suspek bawa penemuan sebahagian anggota badan mangsa iaitu tulang jari & kepada kira-kira 6 kilometer dari tempat pertama mayat ditemukan.
- 12 Ogos 2024
- Polis sahkan mayat tanpa kepada dan tangan yang ditemukan pada 31 Dis 2023 di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang adalah milik Cikgu Istiqomah.
- Mahkamah Majistret Alor Gajah benarkan permohonan sambung reman terhadap suspek lelaki selama 7 hari (bermula 12 Ogos).
Info Bernama.