Kronologi Serangan Gajah Di Malaysia

Gambar Kosmo.

Berikut adalah kronolgi serangan gajah di Malaysia sejak hujung tahun 2023.

  • 5 Disember 2023
    • Seorangn lelaki warga Indonesia maut diserang seekor gajah liar di kawasan ladang getah Upayapadu Plantation Berhad, Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. Mangsa dijumpai terbaring tidak sedarkan diri selepas dipercayai diserang gajah liar.
  • 26 Disember 2023
    • Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas mereka diserang sekumpulan gajah di Kampung Perpaduan di Skim Begahak, Lahad Datu, Sabah. Mangsa, Lopis Jubin, 90, mati di lokasi manakala isterinya, Dalama Hamid, 61, cedera parah.
  • 26 Mac 2024
    • Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berusia 50 tahun patah tulang rusuk dan kipas selain cedera paru-paru akibat dirempuh gajah di Hutan Felda Cerul, Cheneh, Kemaman. Kejadian Berlaku ketika mangsa bersama lapan anggota yang lain sedang membuat pemantauan hidupan liar di hutan.
  • 13 April 2024
    • Seorang lelaki, Ahmad Nazri Osman, 55, diserang termasuk dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak. Serangan menyebabkan mangsa patah 10 tulang rusuk hingga menyebabkan berlaku kebocoran pada paru-paru selain patah kaki kanan.
  • 13 Mei 2024
    • Lelaki Bangladesh berusia 29 tahun maut selepas diserang gajah liar di sebuah ladang di Kampung Om, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan. Mangsa dikatakan tidak sempat lari sebelum diserang dan ditusuk gading di bahagian perutnya.
  • 9 Mei 2024
    • Seorang wanita patah tulang rusuk apabila disondol gajah seberat lebih satu tan berkenaan berhampiran ladang getan di Aring 8, Gua Musang, Kelantan. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menoreh getah bersama suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *