Lee Chong Wei Bingung Taufik Hidayat Dengki
Legenda badminton negara dan dunia, Datuk Lee Chong Wei jadi bingung dan hairan selepas diserang oleh bekas pemain badminton Indonesia yang juga rakan baiknya iaitu Taufik Hidayat berkenaan Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Taufik mempertikan adakah patut nama Chong Wei tersenarai dalam anugerah itu.
Chong Wei berkata, penyenaraian itu adalah keputusan BWF dan bapak Taufik perlu hubungi sendiri dengan BWF untuk dapatkan penjelasan.
Salah satu sebab yang dinyatakan Taufik kenapa Chong Wei tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran BWF adalah kerana lokasi ibu pejabat BWF yang terletak di Malaysia.
Kami di Sukacuka.com mencadangkan supaya Taufik email sendiri ke BWF untuk pindah lokasi ibu pejabat di Jakarta. Mungkin akan lebih ramai pemain Indonesia yang tersenarai dalam Hall of Fame BWF itu.
*Dah besar perangai macam budak-budak la taufik.