Masjid Nurul Iman Sabindo Musnah Akibat Kebakaran

Keadaan Masjid Nurul Iman Sabindo Sebelum Musnah Dijilat Api. Sumber Gambar FB Norlailah Rusli
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi telah memusnahkan lebih kurang 95 peratus struktur Masjid Nurul Iman Sabindo, Sabah.
Pihak bomba telah menerima panggilan jam 3.38 pagi dengan kekuatan 14 pegawai dan anggota serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Keadaan Masjid Selepas Operasi Pemadaman Selesai.
Api berjaya dikawal jam 4.26 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 7.17 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.