Meng Lan Panjat Pagar 2 Meter Untuk Larikan Diri

Aksi Panda Cuba Lari Dari Zoo. Gambar Kosmo

Mungkin ingin mengambil angin luar, seekor panda jantan gergasi bernama Meng Lan cuba untuk melarikan diri dari kandangnya.

Meng Lan yang mendiami disebuah zoo di Beijing, kelihatan memanjat pagar setinggi 2 meter dan hampir terlepas dari kandangnya.

Walaubagaimana pun, panda tersebut kembali masuk ke dalam kandang selepas petugas zoo menawarkan makanan kepadanya.

Pengunjung yang menyaksikan cubaan lari tersebut diarahkan untuk menjauhi lokasi tersebut bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut petugas zoo, Meng Lan yang lahir pada Julai 2015 semenangnya nakal sejak dari kecil lagi.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *