Mohd Al Jufferi Mara Ke Pusingan Seterusnya

 

Aksi Pesilat Negara, Mohd Al Jufferi. Gambar : SinarHarian

Dalam saingan Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, Mohd Al Jufferi berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan lawan dari India.

Pesilat negara yang merupakan bekas juara dunia tiga kali itu berjaya menewaskan Suraj Kumar dengan kiraan 41-16.

Mohd Al Jufferi yang beraksi dalam kategori Tempur Kelas F akan berdepan saingan dari pesilat Filipina, Alvin Campos.

Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 kali ini berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh 21 hingga 29 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *