Mohon Benarkan Ahli Tidak Aktif Buat Pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Selepas cadangan pengeluaran khas 2.0 ditolak, ada cadangan untuk membenarkan ahli tidak aktif buat pengeluaran KWSP atau pun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda, ada diantara pekerja yang berhenti kerja sebelum capai usia 55 tahun disebabkan diberhentikan kerja oleh majikan, memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan sebagainya.

Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, ada diantara bekas pekerja ini terpaksa memilih untuk bekerja sendiri dengan pendapatan yang agar kurang jika dibandingkan ketika makan gaji.

Oleh yang demikian,kerajaan haruslah meneliti semula cadangan untuk membenarkan ahli yang tidak aktif membuat pengeluaran KWSP bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ahli yang sudah tidak mencarum masih mempunyai hak atas wang yang pernah mereka simpan ketika bekerja makan gaji dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *