Nadal Rangkul Gelaran Tenis Terbuka Perancis Buat Kali Ke-14

Aksi Rafael Nadal Selepas Memenangi Tenis Terbuka Perancis. Gambar Anne-Christine.

Gelaran Grand Slam Roland Garros 2022 atau nama lainnya, tenis terbuka Perancis sah menjadi milik Rafael Nadal selepas menewaskan Casper Ruud 6-3, 6-3, 6-0 dalam perlawanan akhir.

Kemenangan ini juga merupakan gelaran Tenis Terbuka Perancis yang ke-14 buat Nadal selepas menjuarainya buat kali pertama 17 tahun yang lalu ketika beliau berusia 19 tahun.

Selain itu, Nadal yang kini berusia 36 tahun turut melebarkan rekod Grand Slam beliau kepada 22 gelaran.

Difahamkan bahwa Nadal hadir ke kejohanan kali ini dalam keadaan yang tidak cergas sepenuhnya. Nadal menerima suntikan dikakinya bagi mengurangkan rasa sakit untuk menyertai kejohanan ini.

Untuk rekod, Rafael Nadal merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak memenangi kejohanan Tenis Terbuka Perancis iaitu sebanyak 14 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *