Ng Tze Yong Tewaskan Jonatan Christie

Rekod pertemuan Ng Tze Yong dan Jonatan Christie
Pemain badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong cipta kejutan selepas menewaskan naib juara Terbuka Jepun minggu lalu Jonatan Christie dari Indonesia dalam saingan Badminton Terbuka Australia 2023.
Walaupun pemain Indonesia itu berada dikedudukan ranking yang lebih baik dari Tze Yong, ianya tidak mendatangkan kegusaran kepada pemain muda yang kini menduduki tangga ke-21 dunia. Tze Yong berjaya melakar kemenangan 22-20, 21-15.
Lawan Ng Tze Yong diperingkat suku akhir nanti ada rakan senegara iaitu Lee Zii Jia yang berjaya menewaskan wakil dari India, Mithun Manjunath.