Oyen Tarikan Baru Zoo Negara

Oyen menjadi tarikan baru di Zoo Negara. Gambar Bernama
Lain macam penangan kucing dengan gelaran ‘Oyen’ di Zoo Negara sekarang. Difahamkan kucing yang berwarna jingga itu berkawan baik dengan tikus gergasi capybara.
Dengan kehadiran Oyen, jumlah pengunjung ke Zoo Negara semakin bertambah dan difahamkan jumlahnya boleh melebihi 3000 orang pada hujung minggu.

Papan tanda Oyen di Zoo Negara. Gambar Bernama
Apa yang lebih menarik, sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun, Oyen telah diberikan papan tanda rasmi oleh pihak pengurusan zoo.
Oyen juga dianggap sebagai hero oleh orang ramai dengan adanya beliau, ramai orang akan berkunjung ke zoo.