Pasangan FashionValet Hadapi Tuduhan ‘Melabur’ RM8 Juta, Tanpa Kebenaran Lembaga Pengarah!

Vivy dan suami. Gambar Malay Mail

Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, telah didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana pelaburan RM8 juta dari Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pasangan tersebut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan memohon untuk dibicarakan.

Mereka didakwa atas tuduhan menyalahgunakan dana milik FashionValet dengan memindahkan RM8 juta dari akaun syarikat itu kepada 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Lembaga Pengarah syarikat. Kejadian itu didakwa berlaku pada 21 Ogos 2018 di Cawangan Public Bank Bukit Damansara.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, serta denda atau sebat jika sabit kesalahan. Pihak pendakwaan juga memohon jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, dan pasangan tersebut perlu melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Dalam kes terdahulu, mereka juga didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana RM8 juta, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda, serta sebat jika sabit kesalahan. Tarikh sebutan seterusnya ditetapkan pada 10 Mac.

Sumber : BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *