Pearly, Thinaah ‘Menang’ Dalam Kekalahan

Pearly dan Thinaah. Gambar New Straits Times

Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tewas dalam perlawanan akhir Badminton Malaysia Masters 2023 ditangan regu dari Korea, Baek Ha Na dan Lee So Hee.

Diletakan sebagai pilihan keenam kejohanan, Pearly dan Thinaah menunjukan semangat juang yang tinggi.

Dalam set pertama, regu negara yang menduduki tangga ke-11 dunia itu hampir mengejutkan regu dari Korea namun nasib tidak menyebelahi mereka selepas tewas 20-22.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, Pearly dan Thinaah bangkit di set kedua dan menang mudah 21-8.

Dalam set penentuan, kedudukan mata kedua regu tidak begitu jauh. Banyak rally panjang berlaku dan perlawanan berakhir dengan keputusan 17-21.

Dengan kekalahan ini, menyaksikan Pearly dan Thinaah terlepas peluang untuk menyamai rekod Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui yang pernah muncul juara pada edisi 2012.

Walaupun tewas, Pearly dan Thinaah tetap diberikan pujian dengan persembahan yang ditunjukan. Sifat tidak mengalah yang ditunjukan harus dijadikan contoh mana-mana atlit yang bertanding.

Minggu hadapan mereka akan beraksi dalam saingan Terbuka Singapura dengan perlawanan pembukaan menentang regu dari Jepun, Rin Inagawa dan Kie Nakanishi di pusingan pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *