Pemilik Crackhouse Comedy Club Disenarai Hitam, Premis Tutup Selamanya.

Crackhouse Comedy Club Tutup Selamanya.Gambar MalayMail
Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup dari mendaftarkan lesen perniagaan dimana-mana premis di Kuala Lumpur.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hasil mesyuarat yang diadakan pada 29 Julai lalu.
Sebelum ini Crackhouse Comedy Club dikatakan beroperasi tanpa lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017. Tambah Jalaluddin, premis tersebut hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras sahaja tetapi tiasa lesen hiburan.
Crackhouse Comedy Club kecoh menjadi buah mulut ramai apabila salah seorang penghibur membuka baju kurung dan tudungnya ketika menyampaikan persembahan.
Perbuatan tersebut menjadi punca kemarahan orang islam kerana mempermainkan agama hingga didakwa di mahkamah.