Penyokong JDT Dan Terengganu Bersedia

Penyokong Terengganu Sedang Tekun Menyiapkan Kain Rentang.

Kehangatan final Piala FA yang akan berlangsung sabtu ini semakin dirasai. Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi lokasi perlawanan akhir itu nanti akan dipenuhi puluhan ribu penyokong baik penyokong JDT mahupun Terengganu FC.

Kedua penyokong pasukan sedang sibuk menyiapkan  bahan-bahan tanda sokongan kepada pasukan masing-masing. Apa yang pasti menjadi tumpuan adalah persiapan kain rentang.

Difahamkan ada diantara penyokong Terengganu sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit bagi menyediakan kain rentang untuk dibawa ke stadium nanti. Antara tulis yang ditulis di atas kain rentang itu adalah ‘Piala FA Hok Kiter’ dan ‘Demi Tranungku (Terengganu)’.

Bagi penyokong dari JDT pula, difahamkan lebih 50 buah bas akan bergerak dari negeri paling selatan negara ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harapan pasukan kesayangan mereka mampu membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir melakukanya pada  2016.

Untuk Terengganu pula, semangat untuk menjulang Piala FA pasti membara selepas berjaya melakukanya pada 11 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011.

Tapi apa yang lebih diharapkan adalah, kedua penyokong pasukan untuk lebih berdisiplin. Dalam setiap perlawanan akhir akan ada pasukan yang menang dan kalah. Kalau semua nak menang, boleh buat piala sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *