Perdana Menteri Dilihat Menziarahi Tun Mahathir Di IJN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) lewat petang tadi.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire tiba di IJN jam 5.33 petang, terus menuju bahagian belakang pusat rawatan tersebut dengan kawalan ketat polis.
“Saya bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir terus tabah serta tak henti berdoa,” Tulis Datuk Seri Ismail Sabri Di Laman Facebook.
Terdahulu, kenderaan Istana Negera turut dilihat memasuki institut berkenaan bagi tujuan yang sama.
Jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN.
Sumber : HMetro