Piala Malaysia 2022 : Selangor Buat Comeback, Bawa Bekalan Selesa Ke Terengganu

Keputusan Piala Malaysia Selangor Menentang Terengganu.

Selangor turun berdepan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Beraksi dihadapan penyokong sendiri, Selangor kelihatan sedikit goyah hingga dikejutkan dengan gol awal dari Terengganu menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Tchetche Kipre pada minit ke-19.

Selangor yang tersentak dengan gol tersebut kembali mengawal permainan. Hasilnya pada minit ke-37, Selangor berjaya mengikat permainan menerusi tandukan Richmond Ankrah. Selangor berjaya menambah satu lagi gol sebelum rehat separuh masa pertama menerusi Herlison Caion juga menerusi tandukan.

Gol ketiga Selangor hadir pada minit ke-54 juga dalam bentuk yang sama iaitu menerusi sepakan sudut dan disempurnakan dengan tandukan Sharul Nazeem Zulpakar. Perlawanan berakhir dengan keputusan Selangor 3-1 Terengganu.

Dengan keputusan ini, Selangor membawa bekal yang selesa untuk bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin isnin nanti bagi perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *