PM Umum Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Gred 56 Ke Bawah

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitiri 2024.
Syukur Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada pejawat awam Gred 56 ke bawah. Khabar berita gembira tersebut disampaikan sendiri Oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan BKK RM500 ini diberi juga kepada lantikan secara kontrak. Tidak dilupa juga, bantuan sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidka berpencen.
Tambah Perdana Menteri lagi, bantuan ini akan dikreditkan bermula Jumaat ini iaitu 5 April 2024 bagi memberi ruang kepada penerima membuat persiapan hari raya.
Bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta, boleh minta sendiri kepada majikan masing-masing.