PN Tetap Dengan Pendirian. Tolak PH
Hasil perjumpaan antara ketua parti iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah petang tadi, Tuanku mencadangkan supaya dua parti ini membentuk Kerajaan Perpaduan.
Namun begitu,menerusi Pengerusi PN iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa gabungan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH kerana ini merupakan prinsip utama gabungan itu dilakukan sejak dulu lagi.
Tambah Muhyiddin lagi, beliau sudah menyerahakan dokuman yang mengandungi akaun berkanun membabitkan 115 Ahli Parlimen kepada Istana Negara. Dokumen tersebut telah dihantar secara atas talian.
Jika betul PN mempunyai sokongan majoriti seperti yang dinyatakan, PN boleh menubuhkan kerajaan secepat mungkin.
Untuk rekod, PH dan PN merupakan dua blog parti politik yang memenangi jumlah kerusi Dewan Rakyat yang tinggi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada sabtu yang lalu.
PH telah memperoleh 82 kerusi dan PN 73 kerusi. Jumlah kerusi ini tidak mencukupi bagi membolehkan kedua-dua blok parti politik ini membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah.
PH dan PN tiada cara lain selain bergabung dan mendapat sokongan dari parti lain yang telah memenangi kerusi Dewan Rakyat untuk parti masing-masing.