PRN Sarawak : Abang Johari Angkat Sumpah Selaku Ketua Menteri

Abang Johari Ketua Menteri Sarawak. Gambar TheSundaily

Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas kemenangan GPS dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak, kelihatan lengkap berpakaian baju Melayu hitam telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri.

Ini merupakan kali kedua Abang Johari dilantik sebagai ketua menteri selepas kali pertama pada 13 Januari 2017. Ketika itu Abang Johari menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal akibat komplikasi jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *