Rawatan Selesai, Tun Mahathir Dibenarkan Keluar Beberapa Hari Lagi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang dimasukan ke Institut Jantung Negara (IJN) akan dibenarkan keluar beberapa hari lagi.
Tun telah dimasukan ke IJN pada 16 Disember 2021 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Menurut IJN dalam satu kenyataan, Tun yang juga Ahli Parlimen Langkawi telah pun selesai menjalani rawatan susulan dan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.
Tun Mahathir dan isteri menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.
Sumber : Kosmo