Real Madrid Rangkul Kejuaraan Liga Juara Juara Buat Kali Ke-14
Dalam perlawanan akhir Kejuaraan Liga Juara Juara musim 2021/2022, Real Madrid menidakan harapan Liverpool untuk menjulang piala terunggul eropah ini selepas menang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Vinicius pada minit ke-59.
Perlawanan ini merupakan perlawanan akhir ulangan antara kedua pasukan setelah pernah bertemu ketika musim 2017-18. Ketika itu Real Madrid menang dengan jaringan 3-1.
Dengan kemenangan ini, Real Madrid terus gah sebagai pasukan paling banyak yang menjuarai Liga Juara Juara dengan 14 kali gelaran. Berikut adalah tahun dimana Real Madrid menjadi juara;
- 1956
- 1957
- 1958
- 1959
- 1960
- 1966
- 1998
- 2000
- 2002
- 2014
- 2016
- 2017
- 2018
- 2022
Hanya 3 kali sahaja Real Madrid tewas dalam pentas perlawanan akhir iaitu pada 1962,1964 dan 1981.
Rekod ini sangat sukar untuk dikejar oleh mana-mana pasukan gergasi eropah. Pencabar terdekat adalah AC Milan dengan hanya 7 gelaran juara.