Ringkasan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19
Berikut intipati ringkas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” yang berlangsung di Pusta Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2024.
🔹 Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Dis 2024.
🔹 Ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang.
🔹 Jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam.
🔹 Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara.
🔹 PM Anwar mahu suatu ikhtiar, iltizam serta pentadbiran baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh penjawat awam.
🔹 Kerajaan rakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang dilantik sebagai KSN.
🔹 Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan.
🔹Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.
🔹 Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE.
🔹Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat.
🔹Kerajaan bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib.
🔹Kenaikan pangkat, penempatan pegawai berpadanan dengan kompetensi sesuatu perjawatan (right person for the right post).
🔹Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
🔹PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
🔹Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2.
🔹 Julat peningkatan pendapatan akan diterima penjawat awam antara 16.8 hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.
🔹 Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran ATM tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
🔹 Peningkatan pelaburan sebanyak RM83.7 bilion dalam tempoh Januari-Mac 2024 disebabkan khidmat cemerlang daripada ratusan pegawai di beberapa kementerian.
🔹 Pengiktirafan kepakaran diberikan kepada pegawai yang berkelayakan sebagai pegawai Subject Matter Expert (SME).
🔹 Insentif berasaskan prestasi akan diberikan kepada pegawai yang mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam tahun selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK).