Sejarah Malaysia Dalam Saingan Piala Asia
Penantian Malaysia selama 42 tahun untuk beraksi di Piala Asia akhirnya tertunai akhir selepas berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 malam tadi.
Semenjak Piala Asia dipertandingkan dari tahun 1956, Malaysia pernah layak keperingkat akhir Piala Asia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1976 dan 1980. Pada tahun 2007, Malaysia layak secara automatik sebagai tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Ketiga tiga penampilan Malaysia di Piala Asia ini berakhir hanya diperingkat kumpulan sahaja. Namun ianya tetap boleh dibanggakan dengan pencapaian layak ke Piala Asia.
Untuk undian Piala Asia 2023, Malaysia telah ditempatkan di dalam pot 4 bersama-sama India, Thailand, Tajikistan, Hong Kong dan Indonesia. Undian akan dilakukan pada tahun hadapan (2023).
Untuk rekod, Piala Asia 2023 dijadualkan berlangsung di China. Namun disebabkan Covid-19 yang masih teruk melanda, China takut untuk mengambil risiko bagi menjadi tuan rumah.