Selamat Bersara Sergio Aguero. Kesihatan Patut Diutamakan

Sergio Aguero Ketika Umum Persaraan. Gambar ESPN

Tiada apa yang mampu dilakukan terutamanya dalam dunia bola sepak selepas dikesan mengidap masalah jantung. Penyerang Barcelona, Sergio Aguero 33 tahun mengumumkan persaraan beliau dalam sidang media yang dilakukan.

Ia satu keputusan yang sukar namun saya gembira dengan keputusan ini. Kesihatan lebih penting. – Aguero

Sebelum itu, Aguero mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Barcelona selepas meninggalkan Manchester City. Namun beliau hanya sempat beraksi lima perlawanan dan menyumbang 1 gol sahaja.

Segalanya berubah pada Oktober lalu ketika perlawanan menentang Real Madrid. Beliau dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada ketika perlawanan berlangsung.

Untuk rekod, Sergio Aguero pernah menyertai Atletico Madrid pada 2006 dan Manchester City pada 2011 hingga 2021. Gol yang pasti tidak akan dilupakan adalah gol minit akhir beliau ketika menentang Queen Park Rangers sekali gus membolahkan City menjulang kejuaraan liga pada 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *