Selamat Tinggal Jelajah Dunia Akhir
Selamat tinggal Jelajah Dunia Akhir merupakan ungkapan yang sesuai diucapkan oleh regu badminton nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas mencatatkan dua kekalahan.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik diundi dalam kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF, gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua perlawanan sekali gus tidak layak ke peringkat separuh akhir.
Mereka berdepan Hendra dan Ahsan dalam perlawanan pertama kumpulan ibarat ulangan perlawanan Kejohanan Dunia berkesudahan dengan kekalahan.
Misi mencari kemenangan wajib dalam perlawanan kedua tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada regu yang baru digabungan dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.
Dengan dua kekalahan ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang juga juara Kejohanan Dunia tersingkir dari Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.