Selangor Kukuhkan Kedudukan Tempat Kedua Liga Super

Keputusan Liga Super Selangor vs Kuala Lumpur. Gambar FB Selangor FC
Dalam saingan Liga Super malam tadi mempertemukan dua pasukan dari lembah klang iaitu Selangor menentang Kuala Lumpur.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan Selangor berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan dua jaringan berbalas kosong.
Gol Selangor dijaringkan oleh Harith Haiqal pada minit ke-32 dan Ayron del Valle minit ke-76.
Dengan kemenangan ini, Selangor mengukuhkan kedudukan mereka ditangga ke-2 Liga Super, 11 mata dibelakang pendahulu liga iaitu Johor Darul Ta’zim.
Untuk rekod, JDT masih berbaki dua perlawanan lagi yang belum mereka bermain.