Siapa Sheikh Abdullah Fahim

Gambar Google.com.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim bin Ahmad bin Haji Abdullah I. Beliau lahir pada tahun 1869 di Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 1961. Ada juga pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Kampung Sha’ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram, Makkah.

Pemilihan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Dengan latar belakang ilmu agama yang cukup tinggi, Sheikh Abdullah Fahim menjadi  ulama masyhur di serantau pada ketika itu. Selain itu beliau juga terkenal dengan penguasaan ilmu astronomi dan usuluddin yang cukup baik.

Pemimpin ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah meminta nasihat kepada Sheikh Abdullah Fahim berkenaan pemilihan tarikh Hari Kemerdekaan. Sheikh Abdullah Fahim telah mencadangkan Tunku Abdul Rahman untuk memilih 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan.

Tarikh 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’. Pihak British bersetuju 31 Ogos ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.

Tarikh kemerdekaan diumumkan secara rasmi pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Untuk rekod, Sheikh Abdullah Fahim juga merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *