Siapa Yang Sebar Video Faisal Halim? Polis Tengah Cari Tu
Terkini, sedang tular dimana-mana laman sesawang orang awam yang memaparkan video seorang lelaki yang disimbah sesuatu dari orang tidak dikenali. Kemudian lelaki tersebut beredar menggunakan motosikal yang ditunggang oleh seorang lagi individu dipercayai rakannya.
Pihak polis mengesahkan bahawa video yang tular itu adalah video Faisal Halim disimbah asid pada awal bulan di sebuah pusat beli belah di ibu kota.
Dalam video tersebut, kelihatan Faisal sedang berjalan bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya menuju ke kereta sebelum didatangi oleh seorang individu yang tidak dikenali dan disimbah asid.
Polis sekarang sedang cari siapa yang menyebarkan video rakaman cctv tersebut kerana boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. Boleh jadi selepas video tersebut tular, penjenayah akan terus menyorok dari dapat dikesan.
Sekarang ini kerja polis sudah bertambah. Bila agaknya si pelaku boleh ditangkap ya?