Silat Depan Kaabah. Apa Benda Ini Semua?

Aksi silat depan Kaabah. Gambar Kosmo
Perbuatan seorang lelaki warga Indonesia yang melakukan aksi silat semasa mengerjakan ibadah umrah telah mencetuskan kecaman orang ramai. Rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @almanmulyana15 menunjukkan lelaki tersebut, yang memakai pakaian ihram, sedang membuat persembahan silat di hadapan Kaabah. Lebih mengejutkan, aksi tersebut dilakukan di hadapan jemaah lain yang sedang khusyuk berdoa.
Video tersebut mencatatkan lebih daripada 1 juta tontonan serta mendapat lebih 4,000 komen daripada pengguna internet. Ramai yang mengkritik tindakan lelaki tersebut, antaranya dengan menulis komen seperti, “Buat malu satu Indonesia!” dan “Nak menunaikan ibadah atau bersilat?”. Perbuatan ini dianggap tidak menghormati kesucian tempat dan ibadah umrah, yang sepatutnya dilakukan dengan penuh kesopanan dan khusyuk.